SITI NOOR FATIAH BT MOHAMED YUSOFF
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kerja krusus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan khas kepada Puan NOrasyikin Bt. Idin kerana telah memberikan bimbingan tanpa jemu kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai cabaran, masalah dan ilmu yang tidak ternilai telah diperolehi oleh saya dalam proses untuk menyiapkan tugasan kali ini.
Langkah pertama yang telah dilakukan oleh kami adalah pembahagian ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Mohamad Sazwi Bin Roslan,Norafnie Adira Bt. Makhtar dan saya sendiri. Kami telah membahagikan tugasan kami kepada bahagian-bahagian berdasarkan apa yang telah digariskan oleh pensyarah pembimbing dan saya telah mendapat tugasan menyelesaikan tugasan mengenai tokoh Jean Piaget. Proses pencarian maklumat pada peringkat awal agak mudah kerana maklumatnya mudah didapati di dalam buku. Namun begitu, kami tetap menghadapi masalah kerana maklumat di dalam buku adalah terhad, penerangan yang pendek, dan agak tidak memuaskan hati ahli kumpulan kami. Maklumat awal yang diperolehi oleh saya agak hanyalah memberikan gambaran awal untuk pemahaman yang mendalam kepada kami mengenai teori konstruktivisme.
Langkah kedua adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan. Alhamdulillah, pencarian maklumat di dalam inetrnet telah memberikan saya lebih banyak maklumat dan pendedahan. Saya telah memilih maklumat daripada laman web http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html. makluamt yang diperolehi oleh saya di dalam laman web ini sangat lengkap, dan saya telah menjadikan laman web ini sebagai bahan rujukan utama dalam menghasilkan teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. Saya turut menggunakan khidmat laman www.citcat.com untuk mengalih bahasa english kepada bahasa melayu untuk memudahkan penghasilan tugasan ini.Selain itu, pencarian buku di perpustakaan juga memudahkan saya untuk lebih memahami dan memperolehi lebih banyak ilmu penegtahuan mengenai tugasan ini.
Langkah ketiga adalah proses menaip tugasan di dalam bentuk esei seperti yang dikehendaki oleh pensyarah kami. Proses untuk menaip tugasan ini memberikan kesulitan kepada saya disebabkan permasalahan mengalih bahasa yang agak kucar-kacir dan kurang memberikan pemahaman kepada saya. Saya mengambil langkah "copy and paste" satu persatu supaya maklumat yang diterima dapat saya siarkan dengan tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang lain. Selain itu, saya juga mengambil langkah merujuk buku-buku di dalam bahasa melayu supaya maklumat yang diterima oleh saya tidak bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam buku. Rujukan di dalam buku bahasa melayu membantu memudahkan saya untuk memahami konsep berdasarkan maklumat yang telah diperolehi.
Langkah keempat adalah menghasilkan blog berdasarkan kehendak soalan. Inilah merupakan kali pertama saya menghasilkan blog, jadi saya menghadapi masalah untuk memahami cara untuk penghasilanya. Tetapi saya bersyukur, dengan bantuan daripada dua ahli kumpulan saya yang lain, kami berjaya untuk menghasilkan blog yang menarik. Penghasilan blog ini telah memberikan ilmu yang tidak ternilai kepada saya kerana jika dilihat sekarang, setiap orang memiliki blog untuk memudahkan urusan mereka. Rakan kumpulan saya telah mengajar satu persatu cara menghasilkan blog, menghias blog, memuatnaik maklumat di dalam blog, memasukkan video ke dalam blog, dan sebagainya. Saya sangat berpuas hati dengan blog yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami.
Akhir kata, dengan siapnya tugasan ini, maka masa yang telah diluangkan oleh kami amatlah berbaloi. Ilmu yang telah diperolehi oleh kami ini akan dikongsikan bersama orang lain. Syukur akhirnya, tugasan ini mampu kami laksanakan dengan jayanya.
NORAFNIE ADIRA BT MAKHTAR
Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan berkat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini selaras dengan kehendak Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester Dua Ambilan Januari 2010.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli kumpulan iaitu Muhammad Syazwi dan Siti Noor Fatiah serta rakan-rakan sekelas yang banyak membantu termasuk pensyarah pembimbing diatas segala tunjuk ajar yang diberi . Walaupun tugasan ini disiapkan dalam jangka masa yang agak singkat disebabkan kekangan serentak tugasan lain , namun kami tetap berusaha untuk menyiapkan dengan sebaik mungkin.
Saya sebagai ahli kumpulan merasakan tugasan kali ini agak mencabar dan menuntut kesabaran yang agak tinggi kerana tugasan ini memerlukan kami untuk menyediakan blog ilmu yang selama ini saya pandang remeh dan buang masa. Proses penyediaan yang agak leceh, kekurangan ilmu dalam penyediaan blog tambahan pula dengan kekangan biasa seorang pelajar sewaktu musim tugasan iaitu masalah “ line broadband yang macam chipsmore” membuatkan kami terpaksa berusaha serta menumpukan perhatian yang lebih terhadap kondisi blog kami.
Walaubagaimanapun, saya menyedari bahawa sesungguhnya bukan mudah dalam menyediakan sebuah blog ilmu. Ini kerana selama ini saya hanya mempermudahkan kerja dengan amalan “copy paste” tanpa menyedari kebenaran sumber sesuatu nota dalam blog di internet. Waima blog ini akan menjadi tatapan dan panduan nota umum tidak kira bagi pelajar mahupun orang awam sebagai pengetahuan am, kami perlu memastikan nota atau media yang dicatatkan adalah dari sumber yang sahih tidak kira dari buku ilmiah, laman sesawang atau sebagainya. Ini penting supaya ilmu yang disebarkan tidak salah dari segi faktanya mahupun secara visualisasi.
Selain itu, saya merasakan tajuk tugasan yang diberikan untuk semester kali ini bagus kerana ia secara tidak langsung menerapkan pelbagai konsep dan teori yang saya sendiri pelajari di dalam kelas dan berupaya menyediakan saya sebagai seorang bakal guru yang berkualiti kelahiran Institut Pendidikan Guru.
Sebagai penutup kata, ingin saya mengucapkan penghargaan sekali lagi diatas segala kerjasama dan kolaborasi yang telah dijalankan dan semoga ia membantu dalam pencapaian saya untuk semester ini.
Sekian , terima kasih.
MOHAMMAD SYAZWI BIN ROSLAN
Bismillah.. Assalamualaikum W. B.
Alhamdulillah, akhirnya usaha yang kami curahkan pada kerja kursus kali ini telah dilaksanakan sebaik mungkin. Saya sebagai ahli kumpulan berasa cukup bangga dengan pencapaian kumpulan kami. Namun, jelas sekali bahawa kami perlu mempertingkatkan lagi agar usaha kami dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam kumpulan kami.
Pada permulaannya, setelah mendengar taklimat dan maklumat-maklumat mengenai kerja kursus ini, saya berasa takut dan kurang yakin untuk menghasilkan sebuah blog secara dalam talian kerana saya tidak begitu mahir dalam hal ini. Alhamdulillah, dengan bantuan ahli kumpulan, rakan sekelas dan rakan-rakan yang lain, sedikit demi sedikit saya belajar untuk membuat dan menyiarkan paparan di blog saya.
Untuk tugasan kali ini, kumpulan kami dikehendaki membuat penjelasan dan penyelidikan untuk teori konstruktivisme. Dengan sumber rujukan dari hasil pembentangan di kelas, buku rujukan dan laman web yang telah dicari, maklumat-maklumat yang terhasil adalah melalui perbincangan dan penjelasan secara terperinci. Saya juga telah berusaha mencari lebih banyak maklumat melalui kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh sumber-sumber tertentu.
Untuk menghasilkan sebuah blog, banyak juga yang perlu dipelajari. Antaranya ialah mengenali paparan utama, aturan, widget, kod html dan banyak lagi. Saya juga mempelajari untuk menukar dan mengubah laman blog mengikut aturan yang ditetapkan. Barulah saya tahu, membuat blog yang ilmiah dan menarik sebenarnya mudah dan menyeronokkan.
Akhir sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan tugasan kali ini terutama sekali ialah pensyarah kami, Pn. Noorashikin, yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada kami. Tidak lupa saya ucapkan tahniah kepada ahli kumpulan saya yang telah melakukan tugas yang cemerlang dan mantap! Terima kasih juga kepada rakan sekelas dan tahniah untuk blog kalian juga. InsyaAllah, semoga kita mendapat markah yang terbaik untuk subjek MAB sem ini.. Sekian.. Terima Kasih.