BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Pengenalan Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Constructivism is based on the premise that learners actively contruct their

own learning. This article explores the use of constructivism in guided essay

writing. It compares the traditional method of teaching guided writing with the

constructivist approach. The changing roles of students and teachers under

constructivism are discussed. - Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar

Fakulti Pendidikan Universiti Malaya


Pengalaman adalah satu perkara yang perlu dilalui oleh semua insan. Melalui pengalaman, individu itu mampu memperbaiki diri ataupun belajar sesuatu perkara yang baru. Bagaimankah pengalaman itu terbentuk? Ianya berlaku dalam satu proses aktiviti yang dijalankan ataupun semasa pembelajaran. Melalui pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan, berlakulah penambahan ataupun pembinaan pengetahuan yang dikenali sebagai konstruktivisme.

Menurut buku Murid dan Alam Belajar – Siri Pendidikan Guru (Oxford Fajar), konstruktivisme didefinisikan sebagai pembinaan sesuatu pengetahuan iaitu individu itu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan sesuatu yang dilalui olehnya iaitu pengalaman. Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar adalah sebagai hos pengetahuan (pembina pengetahuan) dan bukannya sebagai penerima pengetahuan.

Menurut buku Murid dan Alam Belajar Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (Kumpulan Budiman) pula, teori pembelajaran konstruktivis adalah satu falsafah pembelajaran yang berasaskan premis bahawa lanjutan daripada refleksi pengalaman kita, kita mampu mencorak dan membina makna tersendiri tentang apa yang kita fahami. Ini bermaksud dari apa yang kita lalui, kita mampu membina makna tentang dunia diri kita.

Menurut buku Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar (Penerbitan Multimedia), Konstruktivisme asalnya dari perkataan bahasa Inggeris : Constructivism, yang bermaksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran pula, teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut teori ini juga, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang permasalahan yang ada dan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan prinsip asas konstruktivisme

kepada beberapa huraian berikut:

1. Pembelajaran melibatkan pembinaan makna; Makna perlu dibina oleh pelajar daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka; Tafsiran yang dibuat oleh pelajar mungkin berbeza daripada tafsiran guru; Pembinaan makna secara kasamya dipengarnhi oleh pengetahuan dan pengalaraan lalu;

2. Pembinaan makna melibatkan proses yang aktif dan berpanjangan; Kanak-kanak sejak lahir berusaha untuk membina makna tentang persekitarannya; dan seterusnya proses ini akan berpanjangan sepanjang hidup mereka; dan

3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran masing-masing; Seseorang guru menyediakan peluang pembelajaran kepada murid dan murid membina pengetahuan ber- Asaskan pengalaman yang penah mereka dilalui; Daripada perspektif konstruktivisme, pengetahuan tidak boleh dipindahkan secara total daripada guru kepada pelajar.

Terdapat ramai ahli falsafah dan penyelidik yang telah membincang dan menyatakan masing-masing mengenai teori ini. Antaranya ialah Brooks & Brooks (1993), Von Glassersfeld (1995), Ausubel (1963), dan ramai lagi. Terdapat juga pandangan daripada tokoh dan penyelidik tempatan seperti Nik Azis Nik Pa (1999) dan Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004). Namun, kami akan lebih memberikan tumpuan kepada dua orang tokoh terkemuka yang menjadi sumber utama kepada teori konstruktivisme iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Kita akan melihat bagaimana maklumat dan informasi mengenai teori ini diurus dan diterima menurut pandangan dua orang tokoh terkemuka tersebut dan memahami apa yang dikemukakan oleh Jean Piaget mengenai teori konstruktivisme kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme social.

Terdapat pelbagai lagi huraian dan maklumat yang boleh dilayari di laman web dan blog. Anda boleh mengunjungi sebahagian daripada laman web yang kami syorkan untuk lebih mendalami dan memahami teori konstruktivisme.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails