BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Kepentingan Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Had Atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak

The concept of a zone of proximal development (ZPD), which is the notional gap between:

a.) the learner's current developmental level as determined by independent problem-solving ability and

b.) the learner's potential level of development as determined by the ability to solve problems under adult guidance or in collaboration with more capable peers.
(untuk lebih lanjut sila klik sini)


ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS LEV VYGOTSKY MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada Strenghs, Weakness, Opportunities, dan Threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.
Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis. Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.
Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.
Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iaitu peluang atau opportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham.
Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan.
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain.
Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.
Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru.
Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasana kelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.



KONSEP PERANCAH (SCAFFOLDING) LEV VYGOTSKY


Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara lebih sistematik. Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak.


LEV VYGOTSKY : TOKOH KONSTRUKTIVISME SOSIAL

LEV VYGOTSKY

"Learning is more than the acquisition of the ability to think; it is the acquisition of many specialised abilities for thinking about a variety of things." - Lev Vygotsky, Mind in Society, 1978.


Kehidupan Awal Vygotsky.



Lev Vygotsky dilahirkan di Orsha, sebuah bandar di wilayah barat dari Empayar Rusia. Beliau kemudiannya diterima masuk ke University Negeri Moscow, di mana beliau lulus dalam bidang undang-undang pada tahun 1917. Beliau mempelajari pelbagai kursus semasa di universiti, termasuk sosiologi, linguistik, psikologi dan falsafah. Namun, pekerjaan formal dalam bidang psikologi tidak bermula sehingga tahun 1924 ketika dia mengikuti Institut Psikologi di Moscow dan mula bekerja sama dengan Alexei Leontiev dan Alexander Luria. Vygostky hidup sehingga tahun 1934, dan meninggal kerana tuberkulosis pada usia 38.


Kerjaya awal Vygotsky:

Lev Vygotsky adalah seorang penulis prolifik yang produktif dan telah menerbitkan enam buah buku tentang topik psikologi selama sepuluh tahun. Minatnya pelbagai , tapi sering berpusat pada topik perkembangan kanak-kanak dan pendidikan. Ia juga menjelajahi topik-topik seperti psikologi seni dan perkembangan bahasa.Beberapa teori utama yang dibangunkan oleh Lev Vygotsky termasuk:




Teori Zon Perkembangan Proksimal:

Menurut Vygotsky, definisi zon perkembangan proksimal adalah "jarak antara tahap perkembangan aktual yang ditentukan oleh penyelesaian masalah bebas dan tahap perkembangan berpotensi yang telah ditetapkan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa, atau bekerjasama dengan orang sekeliling". Ini bermakna ibu bapa dan guru boleh menggalakkan kanaka-kanak belajar dengan memberikan kesempatan pendidikan yang berada di dalam zon perkembangan proksimal kanak-kanak.
Ini kerana meskipun pada akhirnya kanak-kanak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana kanak-kanak berkembang melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada peringkat kanak-kanak. Perkembangan sebenar ditentukan apabila seorang kanak-kanak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apabila seorang kanak-kanak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Secara kesimpulannya, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Teori Sosiokultural:

Lev Vygostsky juga menyatakan bahawa hasil perkembangan manusia dari suatu interaksi dinamik antara individu dan kumpulan adalah melalui interaksi kanak-kanak belajar secara berperingkat dan terus-menerus dari ibu bapa dan guru. Namun, dapat bervariasi dari satu budaya ke budaya yang berikutnya. Penting untuk dicatat disini bahawa teori Vygotsky menekankan sifat dinamik dari interaksi ini. Masyarakat tidak memperhatikan rakyat tetapi hanya melihat kesan, begitu juga orang lain yang juga melihat kesan masyarakat mereka.

Monday, August 16, 2010

peringkat perkembagan kanak-kanak


Thursday, August 12, 2010

Analisis Teori Jean Piaget Berdasarkan Kaedah SWOT

STRENGTH (KEKUATAN)

Teori Piaget lebih memberikan peluang kepada pelajar dalam sesi pembelajaran ataupun pemerolehan ilmu. Teori mengamalkan pembelajaran “ berpusatkan pelajar “. Guru berperanan besar sebagai pemudahcara, perancang, dan pembimbing untuk para pelajar.

Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, dan tahap pembelajaran adalah berdasarkan pengusaan ilmu oleh pelajar terbabit.
Pembelajaran berasaskan peringkat umur kanak-kanak. Pembelajaran dibahagikan kepada empat tahap yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini memberikan peluang ataupun masa kepada kanak-kanak untuk mencapai pemikiran yang logik ataupun abstrak berdasarkan peringkat perkembangan mereka.

Pembelajaran berdasarkan teori ini adalah melahirkan pelajar yang memahami dan membina jawapan masing-masing berdasarkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan bukanlah pelajar yang menghafal jawapan hanya untuk peperiksaan. Oleh sebab itu, cara yang paling sesuai digunakan untuk mengukur pemahaman pelajar adalah berdasarkan pentaksiran yang dijalankan oleh guru secara berterusan dan member makluman kepada pelajar mengenai tahap perkembangan pembelajaran mereka.

Memberikan pendedahan awal dan umum kepada ibu bapa dan guru supaya perkembangan kanak-kanak semenjak lahir sehingga dewasa supaya seimbang dan mengikut peringkat yang ditetapkan. Pendedahan awal ini mampu membantu guru dan ibu bapa dalam memahami proses perkembangan kanak-kanak supaya kelebihan itu dapat digunakan semaksimun mungkin.


WEAKNESS ( KELEMAHAN )

Teori ini mendapat kritikan disebabkan oleh kelemahanya dan metodologi yang telah digunakan. Teori yang telah digunakan oleh Piaget ini tidak mampu untuk menjelaskan perkembangan kognitif seperti struktur, fungsi, dan proses dengan lebih jelas.

Terdapat pengkritik yang telah mempertikaikan kebenaran mengenai teori ini iaitu Gelmen dan Baillargeon (1983). Mereka telah menyatakan bahawa sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan yang dikemukakan berasaskan set operasi yang khusus, maka kanak-kanak terbabit sudah mampu untuk memahami konsep terbabit dan menyelesaikan semua masalah yang mempunyai konsep yang sama.

Sebagai contohnya adalah, setelah kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan yang terdapat pada peringkat operasi konkrit, maka sepaptutnya kanak-kanak terbabit sudah mampu untuk menunjukkan pemuliharaan dalam angka ataupun berat yang sama. Namun begitu, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Klausmeoer dan Sipple (1982), kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat berbanding pemuliharaan angka.

Manakala, teori yang telah dinyatakkan oleh Piaget agak tidak bersesuaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas masalah pintar cerdas seperti Adi Putra. Kanak-kanak bermasalah ini tidak sesuai untuk diaplikasikan proses pembelajaran berdasarkan peringkat yang telah dinyatakkan oleh Jean Piaget kerana ianya tidak mampu menarik perhatian mereka sewaktu sesi pembelajaran ataupun pemerolehan ilmu pengetahuan.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai kelemahan yang tidak nyata namun mampu mempengaruhi perkembangan kanak-kanak terutama kanak-kanak bermasalah pintar cerdas. Teori ini mampu menyekat kelebihan mereka disebabkan pelmbelajaran kanak-kanak mestilah berdasarkan peringkat yang telah dinyatakan.



OPPORTUNITY ( KELEBIHAN )

Guru ataupun pembimbing mampu untuk mengenalpasti kemampuan pelajar berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan. Pentaksiran berterusan akan menjadi pandu arah kepada para guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Manakala, ibu bapa pula mampu untuk memperkembangankan kemampuan kanak-kanak berdasarkan peringkat umur kanak-kanak terbabit. Teori ini telah memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa mengenai tahap perkembangan dan cara untuk menyeimbangkan perkembangan kanak-kanak supaya perkembangan kanak-kanak terus maju.

Para pelajar pula mampu untuk bergiat aktif di dalam kelas kerana teori ini memegang prinsip “ pembelajaran berpusatkan pelajar “. Teori ini amat menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif di dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Teori ini memberikan penekanan pemahaman para pelajar di dalam kelas. Selain itu, teori ini juga menitikberatkan konsep primer pelajar berbanding fakta berasingan yang akan mengelirukan para pelajar itu sendiri.

Berdasarkan teori ini, guru hendaklah merancang dan melaksanakan stategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep terbuka. Guru hendaklah membuat persediaan awal seperti penyediaan soalan-soalan yang terbuka, dan dialong di antara guru dan rakan sekelas supaya mereka mampu untuk memperkembangkan pemikiran mereka daripada konkrit kepada sesuatu yang lebih abstrak.

Terakhir adalah, teori ini mampu untuk membantu di dalam penyediaan kurikulum untuk sekolah-sekolah berasaskan pengetahuan lalu para pelajar. Ini mampu membantu dalam memudahkan pemahaman para pelajar mengenai matapelajaran yang disediakan seperti sains, matematik, bahasa melayu, pendidikan seni visual dan sebagainya.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai beberapa kelebihan yang jelas kelihatn seperti pelajar digalakkan begiat aktif di dalam kelas. Pelajar diberikan peluang untuk memperkembangkan pemikiran mereka dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk memberikan pendapat yang releven dengan persoalan yang telah ditimbulkan.

THREATS ( ANCAMAN )

Teori pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh Piaget ini mempunyai permasalahanya yang tersendiri. Jika dilihat secara umum, teori ini akan memberikan permasalahan kepada pelajar yang mengalami masalah pintar cerdas. Menurut teori Piaget, pembelajaran kanak-kanak ataupun pelajar mestilah mengikut empat peringkat yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit, dan operasi formal. Guru ataupun ibu bapa tidak digalakkan untuk melangkaui peringkat yang disediakan, dan ianya tidak releven untuk kanak-kanak bermasaalah pintar cerdas. Kanak-kanak kategori ini akan terasing dan mengalami masalah tidak berminat untuk belajar disebabkan oleh sukatan pelajaran yang telah mampu difahami oleh mereka tanpa bimbingan guru.

Penghapusan sistem pentaksiran ataupun penggredan seperti yang disarankan oleh teori ini akan menyebabkan gred ataupun keputusan pelajar tidak seimbang. Peperiksaan yang disediakan oleh pihak yang terbabit telah merangkumi semua input yang telah dipelajari oleh pelajar, dan peperiksaan yang dijalankan hanyalah untuk menguji pemahaman mereka mengenai topik ataupun sukatan yang disediakan. Selain itu, teori ini juga akan menimbulkan sikap negetif di dalam diri pelajar iaitu sikap tidak ingin bersaing. Para pelajar yang diberikan ujian untuk pentaksiran secara berterusan akan mengakibatkan mereka boring ataupun tidak berminat untuk mengejar gred ataupun keputusan yang cemerlang.

Teori yang telah dikaji oleh Piaget ini tidak releven di amalkan disebabkan asas teori ini sendiri yang memberikan penekanan kepada “ pengalaman yang dialami oleh pelajar itu sendiri “. Seperti yang diketahui, tidak semua pelajar diberikan pendedahan pengalaman yang sesuai untuk digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga perempat pelajar terutama yang berada di luar bandar dan pendalaman hanya mendapat pengalaman yang tidak menarik ataupun boleh digunakan sewaktu sesi pembelajaran terutama untuk matapelajaran bahasa melayu, bahasa inggeris, dan beberapa matapelajaran yang lain. Pengalaman yang diperolehi oleh mereka tidaklah begitu dikembangkan oleh ibu bapa kerana pendedahan mengenai teori ini tidak meluas.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai beberapa kelemahan dan tidak begitu sesuai diamalkan di sebabkan asas teori yang tidak begitu sesuai dengan budaya negara kita. Selain itu, teori ini juga tidak begitu membantu daripada beberapa segi disebabkan permasalahan yang akan timbul jika digunakan.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Seperti yang diketahui umum, peranan teori-teori yang telah diperkenalkan amat penting dalam membantu para pendidik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik masa kini. Seseorang insan yang bergelar pendidik akan menggunakan pelbagai kaedah ataupun cara untuk mejamin kualiti pembelajaran dalam kalangan anak didiknya. Namun begitu, jika kita lihat konteks pendidikan yang sebenar adalah, pembelajaran dimaksudkan sebagai perubahan tingkah laku seseorang akibat daripada pemerolehan ilmu, ataupun kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran. Teori pembelajaran ini merupakan satu teori yang berpandangan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina berdasarkan pengalaman sebenar mereka.

Implikasi pertama adalah guru berperanan besar sebagai pemudahcara, perancang, dan pembimbing untuk pelajar. Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, dan tahap pembelajaran adalah berdasarkan pengusaan ilmu oleh pelajar terbabit.
Selain itu, implikasi teori ini adalah kanak-kanak boleh didedahkan dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang maujud seperti batang aiskrim, anak batu, dan sebagainya. Selan itu, penyediaan arahan yang lebih jelas, pendek, ringkas, dan beserta contoh akan memudahkan pelajar untuk memahami apa yang telah diperkatan oleh guru terbabit. Sebagai contohnya, guru haruslah menyediakan demontrasi beserta penerangan yang menarik sebelum memulakan sesi aktiviti yang ingin dijalankan.

Manakala, untuk penilaian yang dijalankan secara tardisi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kayu ukur terhadap pemerolehan dan pembentukan ilmu oleh para pelajar. Ini dapat ditafsirkan dengan penilaian yang dijalankan seperti peepriksaan bukanlah cara yang baik untuk mengukur peratusan sebenar pemerolehan ilmu oleh pelajar. Guru mestilah sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk menguji tahap pemahaman para pelajar.

Kesimpulanya, teori Piaget menitikberatkan pemerolehan ilmu oleh pelajar bukanlah diukur berdasarkan ujian yang dijalankan secara tradisi tetapi para pelajar mestilah berterusan diuji supaya dapat melihat perkembangan pemerolehan ilmu oleh para pelajar. Selain itu, teori ini juga lebih berpusatkan pelajar berbanding guru. Guru hanya bertindak sebagai pendamping dan pembimbing membantu pelajar dalam proses pemerolehan ilmu.

Peringkat Perkembangan Kognitif

Peringkat Sensorimotor

Tahap pertama yang telah dipelajari oleh umum adalah tahap sensorimotor. Tahap ini akan berlansung dalam tempoh dua tahun bermula saat dilahirkan hingga berusia dua tahun. Sebagai contohnya, bayi menggunakan deria dan kemampuan motor untuk memahami dunia, ianya bermula dengan tindakan reflex dan diakhiri dengan kombinasi kompleks kemahiran sensorimotor.

  • 2 bulan hingga 4 bulan

Sewaktu bayi berusia di antara satu hingga empat bulan, bayi akan berkerja pada reaksi sekular primer. Sekular primer dimaksudkan sebagai tindakan bayi yang berfungsi sebagai stimulus yang akan meresponkan bayi. Sebagai contohnya, bayi yang menghisap jari kaki akan mengulang perbuatan terbabit jika difikirkan baik.

  • 4 bulan hingga 12 bulan

Bayi akan mengunakan reaksi sekundar pada tahap ini. Reaksi sekunder melibatkan tindakan yang lebih meluas lingkunganya. Bayi tahap ini lebih terbuka untuk melaksanakan benda-benda yang lebih menarik.

  • 12 bulan hingga 24 bulan

Bayi akan menggunakan reaksi sirkular tertier. Bayi pada tahap ini akan membuat pelbagai percubaan secara aktif. Ini dilihat sewaktu masa makan adalah perlakuan mereka yang terbaik. Bayi akan menemui cara yang baru dan lebih menarik daripada apa yang sering dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Peringkat pra- operasi

Tahap ini akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia sekitar dua hingga tujuh tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mempunyai tahap pemikiran yang meluas, dan mereka sudah mampu mengaplikasikan penggunaan simbol-simbol yang mudah. Simbol merupakan satu bahan yang boleh menggambarkan sesuatu yang lain. Sebagai contohnya, sebuah gambar, perkataan, atau ungkapan untuk menyampaikan mesej yang sebenarnya.

Seiring dengan simbolisasi, terdapat pemahaman yang jelas mengenai masa lalu dan masa hadapan. Sebagai contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak menangis kerana menunggu ibuny, dan anda berkata “ ibu akan pulang sekarang “ kanak-kanak terbabit akan cemnderung untuk berhenti menangis. Kedua, jika anda bertanya kepada kanak-kanak terbabit “ ingat sewaktu kamu terjatuh?”, kanak-kanak terbabit akan mempamerkan riak muka sedih. Ini membuktikan kanak-kanak juga menggunakan simbolisasi seperti orang dewasa

Pada satu sudut yang lain, kanak-kanak pada usia ini mempunyai egosentrik. Kanak-kanak akan melakukan pelbagai perkara namun mereka akan hanya menggunakan pandangan mereka sendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak melihat sesuatu gambar dan mereka mengharapkan anda untuk melihat gambar terbabit seperti pemahaman mereka.

Piaget telah membuat kajian mengenai permasalahan ini. Dia telah membuat kajian yang dipanggil “ mountain study “. Kanak-kanak diletakkan di hadapan sebuah model gunung dan Piaget berada di sebelah mereka. Piaget membenarkan mereka untuk memilih empat gambar berdasarkan pandangan kanak-kanak itu sendiri. Terdapat perbezaan antara kanak-kanak. Kanak-kanak yang berada di penghujung peringkat ini akan memilih gambar dengan betul manakala kanak-kanak awal tahap ini akan memilih gambar berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.


Contoh yang terkenal yang digunakan oleh Piaget untuk kanak-kanak pra-operasi adalah ketidakmampuan mereka untuk mengagak isi padu air di dalam bekas. Jika kanak-kanak diberikan dua jenis gelas yang mempunyai bentuk yang berbeza iaitu gelas tinggi dan gelas lebar, mereka hanya memberikan penumpuan terhadap paras isi padu gelas terbabit. Kanak-kanak lebih cenderung untuk memilih gelas yang tinggi kerana mereka menggangap isi padunya lebih banyak. Ini menunjukkan pembangunan kanak-kanak telah beralih kepada tahap yang berikutnya.

Peringkat Operasi Konkrit

Peringkat operasi konkrit berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga sebelas tahun. Perkataan operasi merujuk kepada operasi logik atau prinsip-prinsip yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak hanya menggunakan simbol sahaja sebagai perlambangan tetapi mereka sudah mampu untuk memanipulasi simbol tersebut dengan logik. Namun begitu, kanak-kanak perlu untuk mengaplikasikan simbol dengan situasi yang konkrit.

Pada usia dalam lingkungan enam hingga tujuh tahun kebanyakkan kanak-kanak sudah mampu berfikir untuk menjimatkan ruang, panjang, dan jumlah isipadu. Pemuliharaan merujuk kepada idea yang kuantiti dikekalkan walaupun terdapat perubahan dalam segi bentuk atau rupa. Jika anda menunjukkan seorang kanak-kanak pra-operasi empat biji guli dan menyebarkanya di sekeliling, mereka lebih cenderung untuk percaya terdapat bahawa terdapat lebih daripada empat biji guli di sekeliling mereka.


Ataupun anda mempunyai dua batang kayu yang mempunyai ukuran yang sama. Kemudian anda memindahkan salah satu ke hadapan sedikit, mereka akan mula menggagap bahawa kayu yang dipindahkan mempunyai ukuran yang lebih panjang.


Namun begitu, berbeza pula bagi kanak-kanak operasi konkrit. Walaupun mereka didedahkan dengan dengan kaedah yang sama, mereka tetap tahu panjang kayu dan bilangan guli tidak akan berubah. Contoh kedua, walaupun anda menuang susu di dalam gelas pertama kepada gelas kedua, kanak-kanak peringkat ini tetap mengetahui bahawa isipadunya tetap sama walaupun terdapat perubahan dalam ketinggian isipadu gelas pertama.


Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh hingga lapan tahun, perkembangan mereka berdasarkan pengekalan data. Sebagai contohnya, anda mengambil satu bola yang lempung dan mengulungnya kedalam sebuah rod tipis dan bilanganya dipecahkan kepada sepuluh bahagian yang lebih kecil. Namun mereka tetap mengetahui bahawa bilanganya tetap sama dengan bola yang lempung terbabit. Ciri yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak usia ini dikenali sebagai “reversibility “.

Peringkat Operasi Formal

Operasi formal adalah dalam lingkungan kanak-kanak sebelas tahun ke atas. Kanak-kanak operasi konkrit tetap menghadapi masalah untuk menerima dan menggunakan keupayaan logik untuk sesuatu perkara yang tidak konkrit ataupun abstrak. Sebagai contohnya, seorang ibu menegur sikap anaknya “ kamu tidak harus mengejek hidung budak lelaki itu, bagaimanakah perasaan kamu jika seseorang mengejek kamu mengenai perkara yang sama ?”. kanak-kanak terbabit berkemungkinan memberikan tindak balas “ saya tidak mempunyai hidung besar”. Walaupun soalan ini kelihatan mudah, namun ianya menjadi terlalu abstrak bagi jenis pemikiran mereka.

Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 12 tahun, kanak-kanak telah mula memasuki operasi formal. Kanak-kanak dalam usia ini mula mempunyai gaya pemikiran yang lebih meluas seperti pemikiran mereka yang dewasa. Pemikiran tahap ini melibatkan operasi logikal, dan mula menggunakan pemikiran abstrak.

Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.


Teori Jean Piaget

Jean Piaget telah memulakan minatnya dengan menjadi seorang ahli biologi khususnya dalam bidang malacologist. Namun begitu, kepentingan sains dan sejarah sains telah merubah minat Piaget daripada biologi kepada psikologi dan falsafah. Kajian yang mendalam yang telah dijalankan mengenai pemikiran sains telah menyebabkan Piaget meminati kemahiran berfikir itu sendiri. Piaget telah menjalankan kajian mengenai pembangunan ilmu pengetahuan aatupun istilah sainstifiknya “ genetic epistemology “.

Piaget menyedari bahawa terdapat sebilangan bayi yang mempunyai kemahiran tertentu terhadap objek-objek yang berada di sekeliling mereka. Kemahiran ini merupakan sesuatu yang mudah iaitu kemahiran sensori motor namun perhatian mereka terarah mengenai cara bayi terbabit mendapat pengetahuan mengenai dunia sekeliling dan kemahiran mengeksploitasi. Kemahiran ini di kenali sebagai skema.

Sebagai contohnya, bayi mengambil sesuatu dan memasukannya ke dalam mulut. Bayi terbabit telah mendapat skema bahagian bawah. Sewaktu bayi terbabit mendapat objek yang lain, tetapi dilarang oleh ayahnya mengakibatkan bayi terbabit telah pandai untuk memindahkan skema “ tolak dan buang “ terhadap objek yang terbabit. Inilah yang disebutkan oleh Piaget sebagai asilimilasi ataupun memindahkan skema lama kepada skema baharu.

Walaupun bayi terbabit menjumpai objek baharu yang lain, bayi terbabit tetap akan mencuba skema lamanya iaitu “ tolak dan buang “. Skema juga akan turut berubah kepada skema yang lainya. Skema ini telah membantu membentuk akodomodasi iaitu merubah skema lama kepada skema yang baharu.


Latar Belakang Jean Piaget (1896-1980)



Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchâtel, Switzerland, pada 9 Ogos. 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget merupakan seorng Professor Kesusteraan zaman pertengahan dan cenderung dalam sejarah tempatan. Manakala, ibunya Rebecca Jacksson, merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Sebagai anak yang paling pertama Jean Piaget lebih berdikari dan telah mendapat pendedahan awal mengenai alam sekeliling, dan sering melakukan aktiviti mengutip kulit kerang.

Jean Piaget berasa gembira kerana telah mendapat kerja sambilan daripada Pengarah Museum Of Naturel History iaitu Mr. Godel. Beliau telah menjadi seorang yang terkenal dalam kalangan pelajar di Eropah terutamanya mengambil subjek molluscs yang telah menganggap beliau seorang yang lebih dewasa berbanding usianya. Selain itu, beliau telah dianggap sebagai “ the demon of philophy”.

Dalam tempoh alam remaja, Piaget telah menghadapi krisis kepercayaan dlam dirinya. Ibunya telah menyuruh Piaget menghadiri kelas keagamaan namun beliau menggangap hujah agama merupakan sesuatu yang kebudak-budakkan. Berdasarkan pembelajaran daripada ahli falsafah dan pemahaman logik, beliau telah membuat kajian mengenai “ biological explanation of knowledge ”. Namun begitu, ahli falsafah gagal membantunya dan telah mengakibatkan beliau beralih ke bidang psikologi..


Selepas tamat sekolah tinggi, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Neuchatel , tetapi beliau telah mengalami masalah kesihatan mengakibatkan beliau berhenti selama setahun. Setelah Piaget kembali semula ke Universiti Neuchatel, dia telah membuat keputusan untuk mencatat segala ilmu falsafahnya. Pekara yang menjadi asas catatanya adalah “ Dalam semua bidang (organik, mental, dan social) wujudnya “totalities” secara kualitatif yang berbeza-beza dari bahagian mereka dan ini akan menyusahkan sesebuah organisasi”. Prinsip ini telah membentuk asas falsafah strukturalisisnya.

Pada tahun 1918, Piaget telah menerima Phd dalam bidang sains daripada Universiti Neuchatel. Dalam tempoh setahun, beliau telah bekerja di makmal-makmal psikologi dan klinik psikiatrik Bleuler, dan Piaget telah diperkenalkan dengan pelbagai hasil kerja daripada freud, jung, dan lain-lain.

Dalam tahun 1921, artikel pertama Piaget yang berkaitan ilmu psikologi telah diterbitkan di dalam “ Journal De Psychologie “. Pada tahun ini juga, Piaget telah mendapat tempat di Institut J.J Rousseau di Geneva. Piaget mula memberikan pendedahan kepada pelajarnya berkaitan penyelidikan taakulan pelajar sekolah rendah. Penyelidikan ini telah menjadi asas dalam dalam penghasilan lima buah buku berkaitan psikologinya.

Tahun 1923, Piaget telah berkahwin dengan salah seorang rakan sejawatnya iaitu Valentine Chatenay dan mereka telah mendapat tiga orang cahaya mata. Cahaya mata Piaget yang pertama telah dilahirkan pada 1925, cahaya mata yang kedua telah dilahirkan pada tahun 1931, dan anak lelakinya telah dilahirkan pada 1931. Anak-anak Piaget telah dijadikan sebagai fokus dalam pemerhatianya berkaitan kanak-kanak.

Pada tahun 1929, Piaget telah memulakan tugasnya sebagai Pengarah International bureau Of Education., dan Piaget telah memegang jawatan ini sehingga tahun 1967. Piaget menjalankan penyelidikan berskala besar bersama A. Szeminska, E. Meyer, dan Barbell Inhelder.


Dalam tahun 1940, Piaget telah menjadi Pengerusi Eksperimental Psycology, Pengarah makmal psikologi, dan Presiden persatuan Psikologi Switzerland. Tahun 1942, Piaget telah mengadakan satu siri syarahan berkaitan psikologi di Collège de France sewaktu pendudukan Nazi di Perancis. Selepas perang tamat, Piaget telah menjadi Presiden “ Commision Switzerland Of UNESCO” . Dalam tempoh yang sama juga, Piaget telah menerima sejumlah ijazah kehormatan daripada Sorbonne (1946), Universiti Brussels (1949), Universiti Brazil (1949), dan Universiti Harvard (1936).


Piaget tetap menjalankan kerjanya bersama UNESCO sebagai seorang delegasi wakil Switzerland. Sebelum berakhir hayatnya, Piaget telah menulis sebanyak 60 buah buku dan berates-ratus artikel lain. Piaget telah meninggal dunia pada 16 September 1980, dan beliau merupakan salah seorang tokoh pikologi yang sangat berpengaruh abad ke-20.


Sejarah Konstruktivisme

Setiap sesuatu mestilah mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan teori konstruktivisme, ia juga mempunyai cerita di sebalik awal permulaannya. Melalui laman web INSYS 527 : DESIGNING CONSTRUCTIVIST LEARNING ENVIRONMENT – History of Contructivism, ia menceritakan dengan serba ringkas mengenai sejarah permulaan kontruktivisme.


Menurut laman web ini, konstruktivisme ialah sebuah falsafah yang melihat ilmu pengetahuan itu sebagai sesuatu yang dibina atau dicipta oleh diri kita, daripada sesuatu yang wujud di alam duniawi. Mungkin, cara yang terbaik untuk memahami teori ini ialah dengan menjelaskan bagaimana ia berubah dari teori pembelajaran utama yang lain pada abad ke 20.


Pada awal abad ke 20, teori pembelajaran behaviorisme telah mendominasi teori pembelajaran dan penyelidikan. Teori ini berpegang teguh terhadap kajian dan pembelajaran yang menekankan pemerhatian berdasarkan tingkah laku. Teori ini melihat proses pembelajaran sebagai proses simulasi pembelajaran melalui tingkah laku yang berbeza. Pada ketika inilah terdapat beberapa pendapat dan pelajar menunjukkan tingkah laku yang baru dan sebuah teori yang boleh dijalankan dalam pembelajaran.


Terdapat beberapa limitasi dan permasalah kecil dalam teori behaviorisme yang menghalang atau menceritakan apa yang sebenarnya difikirkan oleh pelajar. Jadi, bagi mengatasi masalah ini,beberapa penyelidik psikologi kognitif bergabung pandangan pada sekitar tahun 1950an. Pakar psikologi kognitif lebih mengutamakan tentang bagaimana individu itu belajar, dan bukannya melihat pada respon atau tingkah laku.


Focus utama yang telah ditekankan ialah proses secara mental yang terlibat dalam pembelajaran, dan proses ini berjalan secara berterusan sepanjang ia berlaku.
Teori konstruktivisme telah mengambil satu langkah baru yang menjadi fokus dan tumpuan utama mereka. Menurut pandangan mereka, ilmu pengetahuan ialah sesuatu yang setiap individu itu ‘bina’ (constructs), berdasarkan pengalaman individu itu sendiri. Realiti pula adalah berbeza untuk setiap orang. Jadi, ilmu pengetahuan bukanlah sebenarnya menitikberatkan pengajaran sesuatu objektif yang berasaskan ‘kebenaran’ (truth), tetapi ia sebenarnya lebih mengambil berat dan menumpukan kepada langkah membantu orang atau individu itu mencapai pembinaan pengatahuan dan realiti sebenar tentang mereka sendiri.


Kontra yang wujud dalam dua teori ini (behaviorisme dan awal kognitif) ialah konstruktivisme bukanlah satu teori yang berobjektifkan di mana pengetahuan itu dilihat sebagai sampingan kepada pelajar dan minda pelajar berperanan untuk memproses input dari pengalaman dan realiti. Cabaran yang perlu dipikul oleh teori ini ialah ia memperlihatkan satu pandangan baru tentang bagaimana realiti dilalui, dan member satu kaedah dan cara yang baru buat guru, pendidik dan pelajar.


History of Construktivism

Related Posts with Thumbnails