BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

video

Kepentingan Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Had Atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak

The concept of a zone of proximal development (ZPD), which is the notional gap between:

a.) the learner's current developmental level as determined by independent problem-solving ability and

b.) the learner's potential level of development as determined by the ability to solve problems under adult guidance or in collaboration with more capable peers.
(untuk lebih lanjut sila klik sini)


ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS LEV VYGOTSKY MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada Strenghs, Weakness, Opportunities, dan Threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.
Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis. Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.
Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.
Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iaitu peluang atau opportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham.
Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan.
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain.
Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.
Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru.
Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasana kelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.



KONSEP PERANCAH (SCAFFOLDING) LEV VYGOTSKY


Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2010), konsep ini merujuk kepada bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan dan interaksi yang bersifat positif.Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu, namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara lebih sistematik. Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahawa disamping guru, rakan sebaya juga memberi pengaruh penting pada perkembangan kognitif anak berlawanan dengan pembelajaran lewat penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) yang mempercepat perkembangan kanak-kanak.


LEV VYGOTSKY : TOKOH KONSTRUKTIVISME SOSIAL

LEV VYGOTSKY

"Learning is more than the acquisition of the ability to think; it is the acquisition of many specialised abilities for thinking about a variety of things." - Lev Vygotsky, Mind in Society, 1978.


Kehidupan Awal Vygotsky.



Lev Vygotsky dilahirkan di Orsha, sebuah bandar di wilayah barat dari Empayar Rusia. Beliau kemudiannya diterima masuk ke University Negeri Moscow, di mana beliau lulus dalam bidang undang-undang pada tahun 1917. Beliau mempelajari pelbagai kursus semasa di universiti, termasuk sosiologi, linguistik, psikologi dan falsafah. Namun, pekerjaan formal dalam bidang psikologi tidak bermula sehingga tahun 1924 ketika dia mengikuti Institut Psikologi di Moscow dan mula bekerja sama dengan Alexei Leontiev dan Alexander Luria. Vygostky hidup sehingga tahun 1934, dan meninggal kerana tuberkulosis pada usia 38.


Kerjaya awal Vygotsky:

Lev Vygotsky adalah seorang penulis prolifik yang produktif dan telah menerbitkan enam buah buku tentang topik psikologi selama sepuluh tahun. Minatnya pelbagai , tapi sering berpusat pada topik perkembangan kanak-kanak dan pendidikan. Ia juga menjelajahi topik-topik seperti psikologi seni dan perkembangan bahasa.Beberapa teori utama yang dibangunkan oleh Lev Vygotsky termasuk:




Teori Zon Perkembangan Proksimal:

Menurut Vygotsky, definisi zon perkembangan proksimal adalah "jarak antara tahap perkembangan aktual yang ditentukan oleh penyelesaian masalah bebas dan tahap perkembangan berpotensi yang telah ditetapkan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa, atau bekerjasama dengan orang sekeliling". Ini bermakna ibu bapa dan guru boleh menggalakkan kanaka-kanak belajar dengan memberikan kesempatan pendidikan yang berada di dalam zon perkembangan proksimal kanak-kanak.
Ini kerana meskipun pada akhirnya kanak-kanak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana kanak-kanak berkembang melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada peringkat kanak-kanak. Perkembangan sebenar ditentukan apabila seorang kanak-kanak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apabila seorang kanak-kanak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Secara kesimpulannya, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Teori Sosiokultural:

Lev Vygostsky juga menyatakan bahawa hasil perkembangan manusia dari suatu interaksi dinamik antara individu dan kumpulan adalah melalui interaksi kanak-kanak belajar secara berperingkat dan terus-menerus dari ibu bapa dan guru. Namun, dapat bervariasi dari satu budaya ke budaya yang berikutnya. Penting untuk dicatat disini bahawa teori Vygotsky menekankan sifat dinamik dari interaksi ini. Masyarakat tidak memperhatikan rakyat tetapi hanya melihat kesan, begitu juga orang lain yang juga melihat kesan masyarakat mereka.

Monday, August 16, 2010

Related Posts with Thumbnails