BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Peringkat Perkembangan Kognitif

Peringkat Sensorimotor

Tahap pertama yang telah dipelajari oleh umum adalah tahap sensorimotor. Tahap ini akan berlansung dalam tempoh dua tahun bermula saat dilahirkan hingga berusia dua tahun. Sebagai contohnya, bayi menggunakan deria dan kemampuan motor untuk memahami dunia, ianya bermula dengan tindakan reflex dan diakhiri dengan kombinasi kompleks kemahiran sensorimotor.

  • 2 bulan hingga 4 bulan

Sewaktu bayi berusia di antara satu hingga empat bulan, bayi akan berkerja pada reaksi sekular primer. Sekular primer dimaksudkan sebagai tindakan bayi yang berfungsi sebagai stimulus yang akan meresponkan bayi. Sebagai contohnya, bayi yang menghisap jari kaki akan mengulang perbuatan terbabit jika difikirkan baik.

  • 4 bulan hingga 12 bulan

Bayi akan mengunakan reaksi sekundar pada tahap ini. Reaksi sekunder melibatkan tindakan yang lebih meluas lingkunganya. Bayi tahap ini lebih terbuka untuk melaksanakan benda-benda yang lebih menarik.

  • 12 bulan hingga 24 bulan

Bayi akan menggunakan reaksi sirkular tertier. Bayi pada tahap ini akan membuat pelbagai percubaan secara aktif. Ini dilihat sewaktu masa makan adalah perlakuan mereka yang terbaik. Bayi akan menemui cara yang baru dan lebih menarik daripada apa yang sering dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Peringkat pra- operasi

Tahap ini akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia sekitar dua hingga tujuh tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mempunyai tahap pemikiran yang meluas, dan mereka sudah mampu mengaplikasikan penggunaan simbol-simbol yang mudah. Simbol merupakan satu bahan yang boleh menggambarkan sesuatu yang lain. Sebagai contohnya, sebuah gambar, perkataan, atau ungkapan untuk menyampaikan mesej yang sebenarnya.

Seiring dengan simbolisasi, terdapat pemahaman yang jelas mengenai masa lalu dan masa hadapan. Sebagai contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak menangis kerana menunggu ibuny, dan anda berkata “ ibu akan pulang sekarang “ kanak-kanak terbabit akan cemnderung untuk berhenti menangis. Kedua, jika anda bertanya kepada kanak-kanak terbabit “ ingat sewaktu kamu terjatuh?”, kanak-kanak terbabit akan mempamerkan riak muka sedih. Ini membuktikan kanak-kanak juga menggunakan simbolisasi seperti orang dewasa

Pada satu sudut yang lain, kanak-kanak pada usia ini mempunyai egosentrik. Kanak-kanak akan melakukan pelbagai perkara namun mereka akan hanya menggunakan pandangan mereka sendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak melihat sesuatu gambar dan mereka mengharapkan anda untuk melihat gambar terbabit seperti pemahaman mereka.

Piaget telah membuat kajian mengenai permasalahan ini. Dia telah membuat kajian yang dipanggil “ mountain study “. Kanak-kanak diletakkan di hadapan sebuah model gunung dan Piaget berada di sebelah mereka. Piaget membenarkan mereka untuk memilih empat gambar berdasarkan pandangan kanak-kanak itu sendiri. Terdapat perbezaan antara kanak-kanak. Kanak-kanak yang berada di penghujung peringkat ini akan memilih gambar dengan betul manakala kanak-kanak awal tahap ini akan memilih gambar berdasarkan apa yang dilihat oleh mereka.


Contoh yang terkenal yang digunakan oleh Piaget untuk kanak-kanak pra-operasi adalah ketidakmampuan mereka untuk mengagak isi padu air di dalam bekas. Jika kanak-kanak diberikan dua jenis gelas yang mempunyai bentuk yang berbeza iaitu gelas tinggi dan gelas lebar, mereka hanya memberikan penumpuan terhadap paras isi padu gelas terbabit. Kanak-kanak lebih cenderung untuk memilih gelas yang tinggi kerana mereka menggangap isi padunya lebih banyak. Ini menunjukkan pembangunan kanak-kanak telah beralih kepada tahap yang berikutnya.

Peringkat Operasi Konkrit

Peringkat operasi konkrit berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga sebelas tahun. Perkataan operasi merujuk kepada operasi logik atau prinsip-prinsip yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak hanya menggunakan simbol sahaja sebagai perlambangan tetapi mereka sudah mampu untuk memanipulasi simbol tersebut dengan logik. Namun begitu, kanak-kanak perlu untuk mengaplikasikan simbol dengan situasi yang konkrit.

Pada usia dalam lingkungan enam hingga tujuh tahun kebanyakkan kanak-kanak sudah mampu berfikir untuk menjimatkan ruang, panjang, dan jumlah isipadu. Pemuliharaan merujuk kepada idea yang kuantiti dikekalkan walaupun terdapat perubahan dalam segi bentuk atau rupa. Jika anda menunjukkan seorang kanak-kanak pra-operasi empat biji guli dan menyebarkanya di sekeliling, mereka lebih cenderung untuk percaya terdapat bahawa terdapat lebih daripada empat biji guli di sekeliling mereka.


Ataupun anda mempunyai dua batang kayu yang mempunyai ukuran yang sama. Kemudian anda memindahkan salah satu ke hadapan sedikit, mereka akan mula menggagap bahawa kayu yang dipindahkan mempunyai ukuran yang lebih panjang.


Namun begitu, berbeza pula bagi kanak-kanak operasi konkrit. Walaupun mereka didedahkan dengan dengan kaedah yang sama, mereka tetap tahu panjang kayu dan bilangan guli tidak akan berubah. Contoh kedua, walaupun anda menuang susu di dalam gelas pertama kepada gelas kedua, kanak-kanak peringkat ini tetap mengetahui bahawa isipadunya tetap sama walaupun terdapat perubahan dalam ketinggian isipadu gelas pertama.


Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh hingga lapan tahun, perkembangan mereka berdasarkan pengekalan data. Sebagai contohnya, anda mengambil satu bola yang lempung dan mengulungnya kedalam sebuah rod tipis dan bilanganya dipecahkan kepada sepuluh bahagian yang lebih kecil. Namun mereka tetap mengetahui bahawa bilanganya tetap sama dengan bola yang lempung terbabit. Ciri yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak usia ini dikenali sebagai “reversibility “.

Peringkat Operasi Formal

Operasi formal adalah dalam lingkungan kanak-kanak sebelas tahun ke atas. Kanak-kanak operasi konkrit tetap menghadapi masalah untuk menerima dan menggunakan keupayaan logik untuk sesuatu perkara yang tidak konkrit ataupun abstrak. Sebagai contohnya, seorang ibu menegur sikap anaknya “ kamu tidak harus mengejek hidung budak lelaki itu, bagaimanakah perasaan kamu jika seseorang mengejek kamu mengenai perkara yang sama ?”. kanak-kanak terbabit berkemungkinan memberikan tindak balas “ saya tidak mempunyai hidung besar”. Walaupun soalan ini kelihatan mudah, namun ianya menjadi terlalu abstrak bagi jenis pemikiran mereka.

Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 12 tahun, kanak-kanak telah mula memasuki operasi formal. Kanak-kanak dalam usia ini mula mempunyai gaya pemikiran yang lebih meluas seperti pemikiran mereka yang dewasa. Pemikiran tahap ini melibatkan operasi logikal, dan mula menggunakan pemikiran abstrak.

Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails