BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Analisis Teori Jean Piaget Berdasarkan Kaedah SWOT

STRENGTH (KEKUATAN)

Teori Piaget lebih memberikan peluang kepada pelajar dalam sesi pembelajaran ataupun pemerolehan ilmu. Teori mengamalkan pembelajaran “ berpusatkan pelajar “. Guru berperanan besar sebagai pemudahcara, perancang, dan pembimbing untuk para pelajar.

Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, dan tahap pembelajaran adalah berdasarkan pengusaan ilmu oleh pelajar terbabit.
Pembelajaran berasaskan peringkat umur kanak-kanak. Pembelajaran dibahagikan kepada empat tahap yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini memberikan peluang ataupun masa kepada kanak-kanak untuk mencapai pemikiran yang logik ataupun abstrak berdasarkan peringkat perkembangan mereka.

Pembelajaran berdasarkan teori ini adalah melahirkan pelajar yang memahami dan membina jawapan masing-masing berdasarkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan bukanlah pelajar yang menghafal jawapan hanya untuk peperiksaan. Oleh sebab itu, cara yang paling sesuai digunakan untuk mengukur pemahaman pelajar adalah berdasarkan pentaksiran yang dijalankan oleh guru secara berterusan dan member makluman kepada pelajar mengenai tahap perkembangan pembelajaran mereka.

Memberikan pendedahan awal dan umum kepada ibu bapa dan guru supaya perkembangan kanak-kanak semenjak lahir sehingga dewasa supaya seimbang dan mengikut peringkat yang ditetapkan. Pendedahan awal ini mampu membantu guru dan ibu bapa dalam memahami proses perkembangan kanak-kanak supaya kelebihan itu dapat digunakan semaksimun mungkin.


WEAKNESS ( KELEMAHAN )

Teori ini mendapat kritikan disebabkan oleh kelemahanya dan metodologi yang telah digunakan. Teori yang telah digunakan oleh Piaget ini tidak mampu untuk menjelaskan perkembangan kognitif seperti struktur, fungsi, dan proses dengan lebih jelas.

Terdapat pengkritik yang telah mempertikaikan kebenaran mengenai teori ini iaitu Gelmen dan Baillargeon (1983). Mereka telah menyatakan bahawa sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan yang dikemukakan berasaskan set operasi yang khusus, maka kanak-kanak terbabit sudah mampu untuk memahami konsep terbabit dan menyelesaikan semua masalah yang mempunyai konsep yang sama.

Sebagai contohnya adalah, setelah kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan yang terdapat pada peringkat operasi konkrit, maka sepaptutnya kanak-kanak terbabit sudah mampu untuk menunjukkan pemuliharaan dalam angka ataupun berat yang sama. Namun begitu, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Klausmeoer dan Sipple (1982), kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat berbanding pemuliharaan angka.

Manakala, teori yang telah dinyatakkan oleh Piaget agak tidak bersesuaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas masalah pintar cerdas seperti Adi Putra. Kanak-kanak bermasalah ini tidak sesuai untuk diaplikasikan proses pembelajaran berdasarkan peringkat yang telah dinyatakkan oleh Jean Piaget kerana ianya tidak mampu menarik perhatian mereka sewaktu sesi pembelajaran ataupun pemerolehan ilmu pengetahuan.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai kelemahan yang tidak nyata namun mampu mempengaruhi perkembangan kanak-kanak terutama kanak-kanak bermasalah pintar cerdas. Teori ini mampu menyekat kelebihan mereka disebabkan pelmbelajaran kanak-kanak mestilah berdasarkan peringkat yang telah dinyatakan.



OPPORTUNITY ( KELEBIHAN )

Guru ataupun pembimbing mampu untuk mengenalpasti kemampuan pelajar berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan. Pentaksiran berterusan akan menjadi pandu arah kepada para guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Manakala, ibu bapa pula mampu untuk memperkembangankan kemampuan kanak-kanak berdasarkan peringkat umur kanak-kanak terbabit. Teori ini telah memberikan pendedahan awal kepada ibu bapa mengenai tahap perkembangan dan cara untuk menyeimbangkan perkembangan kanak-kanak supaya perkembangan kanak-kanak terus maju.

Para pelajar pula mampu untuk bergiat aktif di dalam kelas kerana teori ini memegang prinsip “ pembelajaran berpusatkan pelajar “. Teori ini amat menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif di dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Teori ini memberikan penekanan pemahaman para pelajar di dalam kelas. Selain itu, teori ini juga menitikberatkan konsep primer pelajar berbanding fakta berasingan yang akan mengelirukan para pelajar itu sendiri.

Berdasarkan teori ini, guru hendaklah merancang dan melaksanakan stategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep terbuka. Guru hendaklah membuat persediaan awal seperti penyediaan soalan-soalan yang terbuka, dan dialong di antara guru dan rakan sekelas supaya mereka mampu untuk memperkembangkan pemikiran mereka daripada konkrit kepada sesuatu yang lebih abstrak.

Terakhir adalah, teori ini mampu untuk membantu di dalam penyediaan kurikulum untuk sekolah-sekolah berasaskan pengetahuan lalu para pelajar. Ini mampu membantu dalam memudahkan pemahaman para pelajar mengenai matapelajaran yang disediakan seperti sains, matematik, bahasa melayu, pendidikan seni visual dan sebagainya.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai beberapa kelebihan yang jelas kelihatn seperti pelajar digalakkan begiat aktif di dalam kelas. Pelajar diberikan peluang untuk memperkembangkan pemikiran mereka dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama rakan-rakan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk memberikan pendapat yang releven dengan persoalan yang telah ditimbulkan.

THREATS ( ANCAMAN )

Teori pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh Piaget ini mempunyai permasalahanya yang tersendiri. Jika dilihat secara umum, teori ini akan memberikan permasalahan kepada pelajar yang mengalami masalah pintar cerdas. Menurut teori Piaget, pembelajaran kanak-kanak ataupun pelajar mestilah mengikut empat peringkat yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit, dan operasi formal. Guru ataupun ibu bapa tidak digalakkan untuk melangkaui peringkat yang disediakan, dan ianya tidak releven untuk kanak-kanak bermasaalah pintar cerdas. Kanak-kanak kategori ini akan terasing dan mengalami masalah tidak berminat untuk belajar disebabkan oleh sukatan pelajaran yang telah mampu difahami oleh mereka tanpa bimbingan guru.

Penghapusan sistem pentaksiran ataupun penggredan seperti yang disarankan oleh teori ini akan menyebabkan gred ataupun keputusan pelajar tidak seimbang. Peperiksaan yang disediakan oleh pihak yang terbabit telah merangkumi semua input yang telah dipelajari oleh pelajar, dan peperiksaan yang dijalankan hanyalah untuk menguji pemahaman mereka mengenai topik ataupun sukatan yang disediakan. Selain itu, teori ini juga akan menimbulkan sikap negetif di dalam diri pelajar iaitu sikap tidak ingin bersaing. Para pelajar yang diberikan ujian untuk pentaksiran secara berterusan akan mengakibatkan mereka boring ataupun tidak berminat untuk mengejar gred ataupun keputusan yang cemerlang.

Teori yang telah dikaji oleh Piaget ini tidak releven di amalkan disebabkan asas teori ini sendiri yang memberikan penekanan kepada “ pengalaman yang dialami oleh pelajar itu sendiri “. Seperti yang diketahui, tidak semua pelajar diberikan pendedahan pengalaman yang sesuai untuk digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga perempat pelajar terutama yang berada di luar bandar dan pendalaman hanya mendapat pengalaman yang tidak menarik ataupun boleh digunakan sewaktu sesi pembelajaran terutama untuk matapelajaran bahasa melayu, bahasa inggeris, dan beberapa matapelajaran yang lain. Pengalaman yang diperolehi oleh mereka tidaklah begitu dikembangkan oleh ibu bapa kerana pendedahan mengenai teori ini tidak meluas.

Kesimpulanya, teori ini mempunyai beberapa kelemahan dan tidak begitu sesuai diamalkan di sebabkan asas teori yang tidak begitu sesuai dengan budaya negara kita. Selain itu, teori ini juga tidak begitu membantu daripada beberapa segi disebabkan permasalahan yang akan timbul jika digunakan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails