BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Seperti yang diketahui umum, peranan teori-teori yang telah diperkenalkan amat penting dalam membantu para pendidik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik masa kini. Seseorang insan yang bergelar pendidik akan menggunakan pelbagai kaedah ataupun cara untuk mejamin kualiti pembelajaran dalam kalangan anak didiknya. Namun begitu, jika kita lihat konteks pendidikan yang sebenar adalah, pembelajaran dimaksudkan sebagai perubahan tingkah laku seseorang akibat daripada pemerolehan ilmu, ataupun kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran. Teori pembelajaran ini merupakan satu teori yang berpandangan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina berdasarkan pengalaman sebenar mereka.

Implikasi pertama adalah guru berperanan besar sebagai pemudahcara, perancang, dan pembimbing untuk pelajar. Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, dan tahap pembelajaran adalah berdasarkan pengusaan ilmu oleh pelajar terbabit.
Selain itu, implikasi teori ini adalah kanak-kanak boleh didedahkan dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang maujud seperti batang aiskrim, anak batu, dan sebagainya. Selan itu, penyediaan arahan yang lebih jelas, pendek, ringkas, dan beserta contoh akan memudahkan pelajar untuk memahami apa yang telah diperkatan oleh guru terbabit. Sebagai contohnya, guru haruslah menyediakan demontrasi beserta penerangan yang menarik sebelum memulakan sesi aktiviti yang ingin dijalankan.

Manakala, untuk penilaian yang dijalankan secara tardisi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kayu ukur terhadap pemerolehan dan pembentukan ilmu oleh para pelajar. Ini dapat ditafsirkan dengan penilaian yang dijalankan seperti peepriksaan bukanlah cara yang baik untuk mengukur peratusan sebenar pemerolehan ilmu oleh pelajar. Guru mestilah sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk menguji tahap pemahaman para pelajar.

Kesimpulanya, teori Piaget menitikberatkan pemerolehan ilmu oleh pelajar bukanlah diukur berdasarkan ujian yang dijalankan secara tradisi tetapi para pelajar mestilah berterusan diuji supaya dapat melihat perkembangan pemerolehan ilmu oleh para pelajar. Selain itu, teori ini juga lebih berpusatkan pelajar berbanding guru. Guru hanya bertindak sebagai pendamping dan pembimbing membantu pelajar dalam proses pemerolehan ilmu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails